Tuesday, 12 January 2016

MILIK SIAPA HATI INI EP 11

Haris menghela nafas panjang lantas meletakkan telefon bimbit ke meja. Matanya merenung kotak kecil di sudut meja tersebut. Fikirannya menerawang entah ke mana, ke bulan barangkali..tak pasti...

Dua tahun dia mengumpul kekuatan untuk hari ini....
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berbicara saja dengan Qistina walaupun dia tahu Qistina mungkin tidak ingin mendengar suaranya lagi..Namun perasaan rindu yang bersarang mengatasi segala-galanya...

Bukannya dia tak pernah menghubungi Qistina, namun berkali-kali melakukannya menggunakan perkhidmatan telefon awam..bersusah payah dia mencari telefon awam kerana kebanyakannya tak boleh berfungsi lagi...

Truuuttt...trrrruuutttt........

'Hello?'

............

'Hello?'

...........

'Hello?'

......................................

'Aik...tp still tak letak..knape tak cakap? rosak ke ape......Hello?'

................

Klik....telefon dimatikan....Dalam hati Haris punyalah happy dapat mendengar suara Qistina walaupun dia tak berani nak berkata apa apa...bukan sekali dua dia buat perangai sebegitu..sampaikan mengamuk Qistina marahkannya..macam nak tergelak pun ada bila mendengar omelan gadis itu tapi ketawa dalam hati saja yang mampu..

Sejujurnya dia ingin kembali pada Qistina..Dia sudah mencapai apa yang dia mahu dan kini dia ingin kongsikannya dengan Qistina..Haris sedar dia hanyalah budak kampung yang tak punya apa-apa..dia juga sedar dia tak layak untuk Qistina..sebab itulah dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dicapainya sekarang..semuanya untuk gadis itu..

Haris masih ingat pertama kali dia diperkenalkan dengan ibu bapa gadis tersebut..Haris sewaktu itu baru mendapat tawaran pekerjaan di Johor Bahru dan sebelum berangkat ke sana dia mahu menyampaikan hasratnya kepada ibu dan bapa Qistina...

Pertama kali menjejak kaki ke rumah Qistina, matanya terbeliak..tak tahu pula selama ni dia berkawan dengan anak orang berada..Qistina pun dilihat sangat 'low profile' dan tak pernah dia terfikir Qistina adalah dari golongan 'atasan' baginya...

Semuanya agak lancar dan biasa pada mulanya, dan kedua ibu bapa Qsitina pun sangat baik dan melayannya dengan mesra..Haris lega namun semuanya berubah apabila dia diajak berbual di luar oleh salah seorang abang Qistina..

'Aku dengar kau baru dapat kerja?'

'Alhamdulillah..akan mula hujung bulan ni..'

'Kau orang mana ye...maaflah kalau aku tanya, aku pun nak kenal kenal juga dengan buah hati adik aku ni..'

Haris tersenyum....

'Saya asal dari Perak..orang kampung je bang..'

'ouh....jadi kau pikat adik aku sebab adik aku orang kaya ye...mesti kau berangan angan nak jadi orang besar dalam company papa kan..'

Haris tersentak...

'Kenapa abang cakap macam tu? saya tak ada niat lain selain ikhlas berkawan dengan Qistina..lagipun saya tak pernah tau yang Qistina anak orang berada..'

'Yela tu..semua orang boleh cakap macam tu..'

'Abang, walaupun saya ni anak orang miskin, anak orag kampung, tapi mak ayah saya tak pernah ajar saya kejar harta dunia ni semua..yang penting rezeki yang Allah bagi tu adalah rezeki yang halal..'

'eh eeehhh...kau tak payah nak berceramah dengan aku la ye...kalau kau betul tak nak harta mak bapak aku, kau buktikanlah yang kau boleh kaya dengan usaha sendiri, lepas tu baru kau datang tuntut adik aku..boleh?'

Haris hanya diam namun matanya tajam memandang abang Qistina..dia tak sangka dalam dunia ini masih ada orang memandang pangkat dan harta..ingatkan drama dalam tv saja...

Belum sempat dia berkata apa-apa, Qistina muncul membawa minuman buat mereka..

'Sembang apa ni? serious je nampak...'

'Takde apa-apa lah dik, biasalah man to man talk..' selamba abangnya menjawab sambil memeluk bahu adik kesayangannya...

Haris hanya mampu tersenyum..dalam hati tuhan saja yang tahu, namun dia hanya berpransangka baik terhadap abang Qistina. mungkin dia menginginkan yang terbaik buat adiknya...

'Qis, Haris rasa Haris gerak dulu lah..sekarang pun dah lewat..' Haris berbasi basi sambil melihat jam tangannya...

'Alaaa, minum la dulu kopi...Qis baru je buat, panas lagi..'

Haris memandang abang Qistina yang berlagak seperti tiada apa yang berlaku...lantas menghela nafas panjang...

'Ok, tapi promise, lepas ni Haris nak balik ye...'

'If you say so sayang...' Qistina menghadiahkan senyuman manis buat jejaka kesayangannya lantas menuang kopi panas ke dalam cawan....

Qistina, Haris perlu berusaha untuk dapatkan Qis...Haris kena kerja kuat sayang....

Hati Haris bengkak...menangisi jurang antara dirinya dan Qistina...

Aku takkan putus asa...
Aku akan buktikan aku mampu berjaya tanpa pertolongan siapa pun.....
Sayang kena sabar sampai saat tu......