Monday, 21 December 2015

MILIK SIAPA HATI INI EP 9

Hati Asyraf degup kencang..dup dap dup dap..Sekejap sekejap dia membetulkan duduknya, sekejap sekejap dia memperbetulkan kemeja..sekejap sekejap membelek mukanya di skrin telefon bimbit..

Aduhh...kenapa rasa semacam ni..debar-debar macam nak menikah pulak..

Dari jauh kelihatan Qistina cantik berbaju ungu, lengkap bertudung bunga merah jambu..

comelnya...desis hati kecil Asyraf..Sejak Qistina menukar penampilan bertudung, hati Asyraf makin terpaut..Tapi tuhan saja yang tahu betapa susahnya membuat gadis itu faham perasaan ini..Bagi Qistina Asyraf tak lebih dari seorang sahabat. Cinta platonik katanya!

Qistina tersenyum lantas duduk dihadapan Asyraf..masing-masing kelu tak berbahasa..perasaan yang sungguh awkward sekali!

'Qis........' panggil Asyraf manja...

'Ye sayang..'

Haaaaaa!!! mulut Asyraf ternganga..lama...nganga lagi..dan lagi...

'Hoii!!! tutup la mulut tu kalau ye pon..masuk lalat kang! tak romantik lansung la dia ni..' marah Qistina sambil memasukkan kertas tisu ke dalam mulut Asyraf..

'Eii..apa ni Qis!..ptuii..ptuii..ptuii..main sumbat-sumbat dengan tisu pulak..'

'Yela, dah menganga macam tu punya besar..ingat nak mintak makan tadi..dah tisu je yang ada, i suapkanlah..'

"Eii..ko ni kan..cium kang baru tau!!!'

'Ni nampak ni penumbuk lima posen..kalau setepek kat muka ko baru tau..' jawab Qistina sambil mencegilkan matanya..sebelum masing masing membalas renungan tajam...lama...sebelum keduanya ketawa berdekah-dekah...

'seraaaaaammm dowh ko panggil sayang..dengan U I U I lagi..kita dua dah buang tebiat agaknya..'

'Yelah......tebiat agaknya..' balas Qistina sebelum membuang pandangannya keluar jendela...sedikit kecewa kerana Asyraf menganggapnya sebagai gurauan semata.

'Alaa...janganlah marah..nak bergurau pun tak boleh la dia ni..sensitipp!'

'Setip metip..mana food tak sampai lagi? aku ada meeting pukul tiga ni..karang tak sempat pulak..'

'Yelah..yelah..kejap lagi sampai la tu. Dah, taknak marah-marah..tak comel dah.'

Balas Asyraf sambil tersenyum..Qistina masih tak berubah walaupun usia sudah menginjak 25 tahun. Qistina hanya membalas dengan renungan tajam. Hurmmmm...hatinya mengeluh panjang. Mungkin dia saja yang menaruh harapan pada hubungan ini.

Qistina makin keliru...........




No comments:

Post a Comment