Tuesday, 22 December 2015

MILIK SIAPA HATI INI EP 10

Qistina melemparkan tuala mandi ke katil, lantas mencapai telefon bimbitnya.

'Qis, ko marah kat aku ke?' 

Qistina senyum memandang pesanan whatsapp yang diterima, lantas membalas pantas.

'Marah? kau ada buat salah ke?...'

'Entah.manalah aku tau..Dari tadi kau senyap je lepas balik lunch tu. Blah pun menonong je, tinggalkan bil tu kat aku..'

'Abis tu?'

'Yela, aku nak mintak la balik RM25.60 tadi ko lunch!'

'Ei, kedekut taik idung masin la dia ni!'

'LOL! haha..ingat ko kene bayar balik ye nanti..kau tengah buat apa tu?' 

Qsitina berlalu dan duduk di meja solek sambil memicit geram botol losyen lantas menyapu lembut ke tangan serta lengannya. 

Itu pun nak berkira. Saja la tu nak buat aku naik angin! Biar, Taknak balas whatsapp tu.Taknak balas sampai dia call..Biar dia tahu penangan rajuk Qistina! Hahahahahaha...

Telefon yang tiba-tiba berdering membuatkan Qistina senyum lebar. Padan muka. tau pun takut orang marah..desis hati kecilnya lantas bangun sambil menari kecil sebelum mencapai telefon bimbitnya di birai katil.

Hati yang tadinya riang tiba-tiba beku, lantas membekukan langkah tariannya. Matanya tajam memandang skrin telefon yang masih berdering..

Kringggg...kringgg....kringgg....dan akhirnya mati.

Qistina semacam tak percaya.dua kali dia menampar pipinya, sakit! 

Kringggg...kringggg......

hah! call lagi?macam mana ni..nak angkat ke tak..angkat ke tak...

Telefon diangkat perlahan, namun tidak bersahut..hanya Hello dalam hati saja yang mampu buat masa itu.

Suasana senyap menyelubungi kedua-dua pemanggil ketika itu. Masing-masing tidak berkata-kata....sehinggalah..

'Qis...awak apa khabar?'

Qistina hanya diam.menahan sesuatu yang tak pernah terluah.

'Qis...are u there?'

Diam lagi..

'Maybe it's not the right time to talk. I just wanna say hello.'

Masih diam...

'And.......I MISS U!'

Mata Qistina membulat namun dia masih diam..ada keluhan kecil di hujung telefon sana..

'I just want to say sorry...I am truely sorry Qis...'

'I call you back later ok..hopefully that time Qis dah sudi nak bercakap dengan saya..Take care Qistina..'

Telefon dimatikan...Qistina menghela nafas panjang....
Ada air mata mengalir di pipinya....

Mengapa sekarang Haris..Mengapa baru sekarang kau muncul semula? 
Mengapa di saat aku sudah mula mendamba kasih yang lain..
Tapi aku juga masih menyayangi kau...

Qistina makin keliru................
 

 \


No comments:

Post a Comment