Thursday, 17 December 2015

MILIK SIAPA HATI INI 8

'Qis, nanti semak file ni before hantar pada Dato' Hamdan, ye'

'Alright darling! just leave it there..nanti Qis check ok...anyway, meeting dengan client dari Sabah tu pukul berapa ye?'

' 3 setengah ni kat tempat biasa'

'Ok..Qis nak keluar lunch dulu, and Qis terus pergi meeting..mungkin akan balik ofice, or maybe not..file tu Qis bawa balik lah ye..esok Qis akan hantar personally pada Dato'. '

'Nak lunch date dengan abang Asyraf la tu! Untunglaa'

'Eyy...kita takde apa apa laaa'

'Mengaku je lah cik Qistina oii yang awak suka kat Asyraf tu'

'Haha....sikitlaaaa..' Qistina jawab selamba sambil kenyit mata kepada Amylea, pembantunya..

'Ok, kita pergi dulu k..take care!'

Empat tahun berlalu selepas kejadian dia ditinggalkan Haris..Setahun selepas itu, Asyraf juga ditinggalkan oleh kekasihnya Alia yang tiba-tiba saja bertunang dengan seorang Dato' kaya..kesian Asyraf..termanggu-manggu mukanya bila dapat invitation dari Alia..VVIP lagi..Qistina pun tak tau masa tu nak tumpang bersedih dengan Asyraf atau nak ketawa lihat reaksi mukanya yang bluurrr...

Seminggu jugalah Asyraf tak bercakap dengan Qistina gara-gara kurang bersimpati dengan nasib dirinya..Sorry Asyraf..tapi memang kelakar tak tahan nak ketawa dengan reaksi awak...Nasiblah Asyraf seorang yang bai hati dan waras kalau orang lain mau dibakarnya  pelamin fantasia pertunangan Alia dengan Dato' tu..

Sejak hari itu, mereka berdua dah berjanji tidak akan sewenangnya jatuh cinta lagi..tanpa sedar Qistina dapat rasakan satu ikatan perasaan yang kuat antara dia dan Asyraf kebelakangan ini..mungkin mereka sudah jarang berjumpa menjadikan pertemuan sekali sekala itu agak istimewa dari sebelumnya..

Asyraf mengambil keputusan keluar dari rumah untuk merasai pengalaman 'hidup bujang' apabila sudah memperoleh pekerjaan..

Qistina pula semakin sibuk dengan kerja-kerja pejabat yang membebankan sehingga tiada banyak masa untuk berjumpa Asyraf..

Hanya pesanan ringkas, whatsapp dan panggilan telefon yang masih berterusan mengeratkan lagi hubungan mereka..

Apabila ada masa terluang, mereka akan habiskan masa seperti keluar makan atau menonton wayang bersama..

Qistina senyum sendiri..sejak kebelakangan ni hatinya berbunga bunga setiap kali ingin berjumpa Asyraf..pelik, tapi seronok!

Telefon berbunyi dan Qistina menjawab riang..

'hello!'

'Hello sayang!.. eh, sayang pulak..hikhik'

Qistina tersenyum dengan gurauan Asyraf..

'I'm on my way, lagi 10 min sampai'

'Ok, I dah sampai ni..Nak order apa apa tak?'

'Anything, semua I makan..'

'Ok sayang..eh, sayang lagi...' jawab Asyraf sambil ketawa berdekah-dekah..

'Sayang pun boleh..' tiba-tiba Qistina mencelah,mematikan ketawa Asyraf di seberang sana...

'Bye!' Qistina cepat-cepat letak telefon...Aduhh maluya!

Asyraf memandang kosong skrin telefonnya..adakah itu......

Yaaaaaahooooooooooooooooo!!!!!!!

No comments:

Post a Comment