Sunday, 22 May 2011

MILIK SIAPA HATI INI ep 7

Haris resah…dia mengeluh lemah…hatinya pedih kerana melepaskan seseorang yang amat bererti dalam hidupnya…

Maafkan Haris Qis….sesungguhnya bukan niat Haris nak permainkan perasaan Qis…tapi HAris tak sanggup tengok Qis sedih sebab rindukan HAris…Haris tak mampu nak bahagikan masa untuk Qis..tapi percayalah sayang, hanya Qis dalam hati HAris..dulu, sekarang, dan selamanya…Qis cinta pertama dalam hidup HAris..Qis yang ajar HAris apa itu cinta…Haris terpaksa buat keputusan ni sayang…..demi kebahagian Qis…

Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi…

‘Hello…’

‘Hoi..kau memang nak kene dengan aku kan Haris..apa kau buat ni! Kau cakap kau sayangkan Qistina..kenapa kau tinggalkan dia…aku la, kalau aku dapat kau lunyai aku kerjakan kau HAris!..’

‘Aku terpaksa Asyraf…’ balas Haris ringkas….

‘terpaksa kepala otak kau….kau dah la seksa dia biarkan dia rindukan kau..tak contact dia…sampai birthday dia kau lupa..tak celebrate..aku pernah ingatkan kau dulu kan….wajib celebrate!’ Asyraf dah mengamuk macam orang gila…geram betul hatinya dengan perangai Haris…

‘kan aku cakap that time aku kat Hatyai..uruskan project kat sana…aku dah minta maaf kan…’ HAris beri penjelasan..boleh tahan juga mulut mamat ni bila marah…

‘Ahh..bukan tu je…yang selama ni kau busy tak ingat dunia tu, sampai Qistina macam orang gila rindu kau..kau senang-senang je kan tinggalkan dia…’

‘Kau tau tak hari-hari Qistina dok sebut nama kau’

‘Contact kau..tapi kau..?takde masa untuk dia..yang kau tau kerja..kerja..kerja..apa nak ja..’

‘sebab tu aku terpaksa lepaskan dia Asyraf…kau tak faham perasaan aku…’ Asyraf terdiam….

‘aku sedih everytime dapat sms dia beritahu rindukan aku..aku menyesal setiap kali aku lepaskan marah aku pada dia..aku malu dengan diri aku sendiri..tak dapat jaga Qistina dengan baik…tak dapat bahagiakan Qistina..aku bukan sengaja nak lepaskan orang yang paling aku sayang..tapi aku ingat lagi, aku janji dengan kau aku akan bahagiakan dia…dan aku akan lepaskan dia bila aku tak dapat jaga Qis dengan baik…dan sekarang aku memang tak dapat bahagi masa aku untuk Qis..aku betul-betul busy..aku tak minta kau faham situasi aku..yang aku nak kau tahu, aku masih sayangkan Qistina..amat-amat sayangkan dia…aku harap kau boleh jaga Qis untuk aku..aku tau kau boleh..kau orang yang paling layak dapatkan Qis, Asyraf..aku tahu betapa tulusnya cinta kau pada Qis…’

‘kau tak boleh samakan cinta aku dengan cinta kau HAris…tak boleh sama sekali…’

Haris diam..sesungguhnya dia tak mengerti maksud Asyraf…

Cinta aku bukan untuk memiliki….bisik Asyraf dalam hati…

No comments:

Post a Comment