Thursday, 19 May 2011

MILIK SIAPA HATI INI ep 6

‘Asyraf, aku janji aku akan jaga Qistina baik-baik…aku suka dia sangat-sangat ni..tolongla aku Asyraf…’ pujuk Haris…sesungguhnya dia sudah lama memendam rasa terhadap gadis itu namun tak pernah diendahkan Qistina…mulanya dia menyangka Asyraf adalah teman lelaki kepada Qistina kerana sering dilihat bersama di kampus…namun dia gembira apabila mendapat tahu bahawa Asyraf hanyalah sahabat karib yang Qistina anggap seperti abangnya sendiri…

‘since bila kau sukakan Qis ni…’ Asyraf memandang Haris pelik..punyala ramai senior yang cantik-cantik, Qistina yang dah sah-sah tak layan dia tu la yang dikejar-kejarnya….

‘since first time aku Nampak dia…masa minggu motivasi..time tu aku fasilitator kumpulan  Qistina…dia tak pernah cerita kat kau ke…’

‘Oh, kau ke yang Qis dok cerita abang poyo tu…’ ketawa Asyraf lepas…dia menekan-nekan perut mengigatkan kembali bagaimana muka Qistina sewaktu menceritakan perihal sorang abang poyo yang selalu main mata dengannya…punyalah dia menyampah habis dengan abang tu…tapi tak pernah pula Qis beritahu yang Haris dan abang poyo tu adalah orang yang sama…patut pun si Qistina tak suka langsung dengan kehadiran Haris dalam hidupnya…

‘eyy, aku serius ni ASyraf…janganlah main-main…’ Haris dah serabut…orang punyalah serius dia boleh ketawa mengalahkan tengok Senario…

‘ok-ok…sorry..macam nilah, aku sayangkan Qistina lebih dari segalanya…aku takkan biarkan orang sesuka hati lukakan hati dia…so kau yakin ke kau boleh gembirakan Qistina…?’ Asyraf kembali serius….

‘ye, aku yakin…aku janji pada kau…hanya aku yang akan membahagiakan Qistina…lagipun umur aku bukanlah muda sangat…dah masuk 24tahun dah…lepas ni aku grad, kerja, and apa lagi, mestilah meminang cik Qistina kita untuk aku jadikan wife aku…takkan kau tak percayakan aku kot…aku kan senior yang paling baik..haha…pernah ke kau tengok aku berkepit tak tentu pasal dengan minah-minah U kita ni….?’ Haris tayang muka yang meyakinkan….

Hmmm…Asyraf hanya mengeluh lemah…memang Haris senior yang baik, handsome, dan keputusan pun selalu cemerlang di samping aktif dengan perstuan dan sukan…ramai yang minatkan Haris, tapi dia cuma inginkan Qistina…dah banyak cara Haris cuba tapi Qistina tetap tak mahu menerima Haris…nampaknya Asyraf jugalah yang terpaksa memujuk Qistina….

‘oklah, nanti aku tolong kau..jangan risau….but please, janji yang kau takkan lukakan Qistina…kau mesti sayangkan dia lebih dari diri sendiri…’ Haris hanya mengangguk mendengarkan Asyraf…

‘kau mesti selalu luangkan masa untuk dia sebab dia memang bencikan kesunyian…’

‘kau mesti selalu belanja dia strawberry ice cream because she loves it too much’

‘kau mesti celebrate birthday dia every year, kalau tak dia akan merajuk 1 hari dengan kau..’

‘Kau mesti temankan dia pergi shopping and beritahu dia cantik dalam apa juga baju yang dia try kat shopping mall tu…’

‘And kau mesti pegangkan semua shopping bag dia even dia banyak kali cakap tak payah, tak payah…’

‘kau mesti selalu buat lawak bodoh dengan dia sebab dia memang suka ketawa..tak kiralah lawak kau tu memang tak logik pon tapi dia akan ketawa juga untuk appreciate lawak kau untuk dia…’

‘kau mesti….’

‘kau tak pernah cintakan Qistina…?’ ayat Asyraf mati apabila Haris tiba-tiba memotongnya….Asyraf melepaskan keluhan kecil sebelum memandang muka Haris…

‘cinta…..? apa yang kau faham pasal cinta….’ Asyraf bingkas bangun dan mengibas-ngibas seluarnya dari habuk….

‘ingat apa aku cakap tadi…ni nasihat dari sorang abang before lepaskan adik dia kat kau….’ Warning Asyraf sebelum berlalu meninggalkan HAris kesorangan..


Asyraf pejam mata,…cerita 2 tahun lepas terbit di mindanya..kalau dia tahu Haris begini, dia takkan pujuk Qistina untuk terima lelaki itu..sekarang dia pula rasa bersalah pada Qistina…..
Asyraf membongkok mencari-cari sesuatu di bawah katilnya…satu kotak sederhana besar dikeluarkan..

fuhhh….fuhhhh…! ish banyaknya habuk…Nampak sangat dah lama tak buka kotak ni..

satu persatu barang dikeluarkan…semuanya memori dia dan Qistina…sungguh sukar untuk luputkan semua dari hidupnya…gambar-gambar lama mereka berdua ditatap satu persatu…

comel….! Desis hati Asyraf…matanya terhenti pada sekeping gambar yang diambil sewaktu tingkatan tiga…Asyraf ingat lagi pada waktu itu, buat keberapa entah kali dia mengajukan soalan yang sama pada Qistina…

‘Qis….kalau satu hari nanti kita kahwin kau percaya tak…?’

Qistina tergelak besar terkekeh-kekeh memandang wajah Asyraf….soalan yang banyak kali dah didengarnya…tak serik betul!

‘Eiii…mestilah tak percaya..takkan la orang yang aku anggap macam abang ajak aku kahwin pulak…yela, cuba bayangkan aku kahwin dengan Abang Long aku..pelik tak?’

‘pelik..pelik…eh, tapi aku bukan Abang Long kau…’

‘yelah, tapi itulah situasinya….sama..aku dah anggap kau macam abang Long jugak..takkan nak kahwin dengan kau…’

‘tulah, tapi aku terdengar ibu and Aunty Nora cakap pasal kita..nak kahwinkan kita…! gila tak logik kan’ Asyraf berbasi-basi…padahal sewaktu mendengarkan itu, dialah orang yang paling gembira…

‘memang tak logik….taknakla Asyraf..kau pun mesti muak kan tengok muka aku dari kecil sampai besar…lagipun kau kan dah anggap aku macam adik perempuan kau…kan?’

Bulat mata Qistina memandang Asyraf yang terkebil-kebil…

‘Aaaaa…..aaa’

‘KAN…?’ Qistina menekan suaranya….

‘aa..iya..iya..takkanlah aku nak kahwin dengan budak tak cukup umur macam kau…senget je memanjang…haha…’

‘Senget..? eii jahatlah kau ni..eh, jomlah! Masuk kelas..loceng dah bunyi tu…’ Qistina lantas bangun lalu berjalan menuju ke kelas..

Asyraf hanya memandang Qistina dengan perasaan kecewa…kenapa Qistina tak pernah faham hatinya..tak pernah ada cinta untuknya..mungkin benar dia sudah ditakdirkan menjadi sahabat selamanya…tidak lebih, tidak kurang….

Waktu itu Asyraf sedar, cinta itu tidak semestinya memiliki….walau hati ingin sekali disayangi…..

2 comments:

  1. oh...cian aysraf....smbng cpt cket ekk

    ReplyDelete
  2. ok, will upload next episode soon..sory lmbt, cuz lately ni bz sikit..thanx sudi bace :D

    ReplyDelete