Sunday, 22 May 2011

MILIK SIAPA HATI INI ep 7

Haris resah…dia mengeluh lemah…hatinya pedih kerana melepaskan seseorang yang amat bererti dalam hidupnya…

Maafkan Haris Qis….sesungguhnya bukan niat Haris nak permainkan perasaan Qis…tapi HAris tak sanggup tengok Qis sedih sebab rindukan HAris…Haris tak mampu nak bahagikan masa untuk Qis..tapi percayalah sayang, hanya Qis dalam hati HAris..dulu, sekarang, dan selamanya…Qis cinta pertama dalam hidup HAris..Qis yang ajar HAris apa itu cinta…Haris terpaksa buat keputusan ni sayang…..demi kebahagian Qis…

Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi…

‘Hello…’

‘Hoi..kau memang nak kene dengan aku kan Haris..apa kau buat ni! Kau cakap kau sayangkan Qistina..kenapa kau tinggalkan dia…aku la, kalau aku dapat kau lunyai aku kerjakan kau HAris!..’

‘Aku terpaksa Asyraf…’ balas Haris ringkas….

‘terpaksa kepala otak kau….kau dah la seksa dia biarkan dia rindukan kau..tak contact dia…sampai birthday dia kau lupa..tak celebrate..aku pernah ingatkan kau dulu kan….wajib celebrate!’ Asyraf dah mengamuk macam orang gila…geram betul hatinya dengan perangai Haris…

‘kan aku cakap that time aku kat Hatyai..uruskan project kat sana…aku dah minta maaf kan…’ HAris beri penjelasan..boleh tahan juga mulut mamat ni bila marah…

‘Ahh..bukan tu je…yang selama ni kau busy tak ingat dunia tu, sampai Qistina macam orang gila rindu kau..kau senang-senang je kan tinggalkan dia…’

‘Kau tau tak hari-hari Qistina dok sebut nama kau’

‘Contact kau..tapi kau..?takde masa untuk dia..yang kau tau kerja..kerja..kerja..apa nak ja..’

‘sebab tu aku terpaksa lepaskan dia Asyraf…kau tak faham perasaan aku…’ Asyraf terdiam….

‘aku sedih everytime dapat sms dia beritahu rindukan aku..aku menyesal setiap kali aku lepaskan marah aku pada dia..aku malu dengan diri aku sendiri..tak dapat jaga Qistina dengan baik…tak dapat bahagiakan Qistina..aku bukan sengaja nak lepaskan orang yang paling aku sayang..tapi aku ingat lagi, aku janji dengan kau aku akan bahagiakan dia…dan aku akan lepaskan dia bila aku tak dapat jaga Qis dengan baik…dan sekarang aku memang tak dapat bahagi masa aku untuk Qis..aku betul-betul busy..aku tak minta kau faham situasi aku..yang aku nak kau tahu, aku masih sayangkan Qistina..amat-amat sayangkan dia…aku harap kau boleh jaga Qis untuk aku..aku tau kau boleh..kau orang yang paling layak dapatkan Qis, Asyraf..aku tahu betapa tulusnya cinta kau pada Qis…’

‘kau tak boleh samakan cinta aku dengan cinta kau HAris…tak boleh sama sekali…’

Haris diam..sesungguhnya dia tak mengerti maksud Asyraf…

Cinta aku bukan untuk memiliki….bisik Asyraf dalam hati…

Thursday, 19 May 2011

MILIK SIAPA HATI INI ep 6

‘Asyraf, aku janji aku akan jaga Qistina baik-baik…aku suka dia sangat-sangat ni..tolongla aku Asyraf…’ pujuk Haris…sesungguhnya dia sudah lama memendam rasa terhadap gadis itu namun tak pernah diendahkan Qistina…mulanya dia menyangka Asyraf adalah teman lelaki kepada Qistina kerana sering dilihat bersama di kampus…namun dia gembira apabila mendapat tahu bahawa Asyraf hanyalah sahabat karib yang Qistina anggap seperti abangnya sendiri…

‘since bila kau sukakan Qis ni…’ Asyraf memandang Haris pelik..punyala ramai senior yang cantik-cantik, Qistina yang dah sah-sah tak layan dia tu la yang dikejar-kejarnya….

‘since first time aku Nampak dia…masa minggu motivasi..time tu aku fasilitator kumpulan  Qistina…dia tak pernah cerita kat kau ke…’

‘Oh, kau ke yang Qis dok cerita abang poyo tu…’ ketawa Asyraf lepas…dia menekan-nekan perut mengigatkan kembali bagaimana muka Qistina sewaktu menceritakan perihal sorang abang poyo yang selalu main mata dengannya…punyalah dia menyampah habis dengan abang tu…tapi tak pernah pula Qis beritahu yang Haris dan abang poyo tu adalah orang yang sama…patut pun si Qistina tak suka langsung dengan kehadiran Haris dalam hidupnya…

‘eyy, aku serius ni ASyraf…janganlah main-main…’ Haris dah serabut…orang punyalah serius dia boleh ketawa mengalahkan tengok Senario…

‘ok-ok…sorry..macam nilah, aku sayangkan Qistina lebih dari segalanya…aku takkan biarkan orang sesuka hati lukakan hati dia…so kau yakin ke kau boleh gembirakan Qistina…?’ Asyraf kembali serius….

‘ye, aku yakin…aku janji pada kau…hanya aku yang akan membahagiakan Qistina…lagipun umur aku bukanlah muda sangat…dah masuk 24tahun dah…lepas ni aku grad, kerja, and apa lagi, mestilah meminang cik Qistina kita untuk aku jadikan wife aku…takkan kau tak percayakan aku kot…aku kan senior yang paling baik..haha…pernah ke kau tengok aku berkepit tak tentu pasal dengan minah-minah U kita ni….?’ Haris tayang muka yang meyakinkan….

Hmmm…Asyraf hanya mengeluh lemah…memang Haris senior yang baik, handsome, dan keputusan pun selalu cemerlang di samping aktif dengan perstuan dan sukan…ramai yang minatkan Haris, tapi dia cuma inginkan Qistina…dah banyak cara Haris cuba tapi Qistina tetap tak mahu menerima Haris…nampaknya Asyraf jugalah yang terpaksa memujuk Qistina….

‘oklah, nanti aku tolong kau..jangan risau….but please, janji yang kau takkan lukakan Qistina…kau mesti sayangkan dia lebih dari diri sendiri…’ Haris hanya mengangguk mendengarkan Asyraf…

‘kau mesti selalu luangkan masa untuk dia sebab dia memang bencikan kesunyian…’

‘kau mesti selalu belanja dia strawberry ice cream because she loves it too much’

‘kau mesti celebrate birthday dia every year, kalau tak dia akan merajuk 1 hari dengan kau..’

‘Kau mesti temankan dia pergi shopping and beritahu dia cantik dalam apa juga baju yang dia try kat shopping mall tu…’

‘And kau mesti pegangkan semua shopping bag dia even dia banyak kali cakap tak payah, tak payah…’

‘kau mesti selalu buat lawak bodoh dengan dia sebab dia memang suka ketawa..tak kiralah lawak kau tu memang tak logik pon tapi dia akan ketawa juga untuk appreciate lawak kau untuk dia…’

‘kau mesti….’

‘kau tak pernah cintakan Qistina…?’ ayat Asyraf mati apabila Haris tiba-tiba memotongnya….Asyraf melepaskan keluhan kecil sebelum memandang muka Haris…

‘cinta…..? apa yang kau faham pasal cinta….’ Asyraf bingkas bangun dan mengibas-ngibas seluarnya dari habuk….

‘ingat apa aku cakap tadi…ni nasihat dari sorang abang before lepaskan adik dia kat kau….’ Warning Asyraf sebelum berlalu meninggalkan HAris kesorangan..


Asyraf pejam mata,…cerita 2 tahun lepas terbit di mindanya..kalau dia tahu Haris begini, dia takkan pujuk Qistina untuk terima lelaki itu..sekarang dia pula rasa bersalah pada Qistina…..
Asyraf membongkok mencari-cari sesuatu di bawah katilnya…satu kotak sederhana besar dikeluarkan..

fuhhh….fuhhhh…! ish banyaknya habuk…Nampak sangat dah lama tak buka kotak ni..

satu persatu barang dikeluarkan…semuanya memori dia dan Qistina…sungguh sukar untuk luputkan semua dari hidupnya…gambar-gambar lama mereka berdua ditatap satu persatu…

comel….! Desis hati Asyraf…matanya terhenti pada sekeping gambar yang diambil sewaktu tingkatan tiga…Asyraf ingat lagi pada waktu itu, buat keberapa entah kali dia mengajukan soalan yang sama pada Qistina…

‘Qis….kalau satu hari nanti kita kahwin kau percaya tak…?’

Qistina tergelak besar terkekeh-kekeh memandang wajah Asyraf….soalan yang banyak kali dah didengarnya…tak serik betul!

‘Eiii…mestilah tak percaya..takkan la orang yang aku anggap macam abang ajak aku kahwin pulak…yela, cuba bayangkan aku kahwin dengan Abang Long aku..pelik tak?’

‘pelik..pelik…eh, tapi aku bukan Abang Long kau…’

‘yelah, tapi itulah situasinya….sama..aku dah anggap kau macam abang Long jugak..takkan nak kahwin dengan kau…’

‘tulah, tapi aku terdengar ibu and Aunty Nora cakap pasal kita..nak kahwinkan kita…! gila tak logik kan’ Asyraf berbasi-basi…padahal sewaktu mendengarkan itu, dialah orang yang paling gembira…

‘memang tak logik….taknakla Asyraf..kau pun mesti muak kan tengok muka aku dari kecil sampai besar…lagipun kau kan dah anggap aku macam adik perempuan kau…kan?’

Bulat mata Qistina memandang Asyraf yang terkebil-kebil…

‘Aaaaa…..aaa’

‘KAN…?’ Qistina menekan suaranya….

‘aa..iya..iya..takkanlah aku nak kahwin dengan budak tak cukup umur macam kau…senget je memanjang…haha…’

‘Senget..? eii jahatlah kau ni..eh, jomlah! Masuk kelas..loceng dah bunyi tu…’ Qistina lantas bangun lalu berjalan menuju ke kelas..

Asyraf hanya memandang Qistina dengan perasaan kecewa…kenapa Qistina tak pernah faham hatinya..tak pernah ada cinta untuknya..mungkin benar dia sudah ditakdirkan menjadi sahabat selamanya…tidak lebih, tidak kurang….

Waktu itu Asyraf sedar, cinta itu tidak semestinya memiliki….walau hati ingin sekali disayangi…..

Tuesday, 17 May 2011

MILIK SIAPA HATI INI ep 5


Di luar, bunyi enjin kereta Asyraf membuatkan hati Qistina berdegup kencang…dup..dap..dup..dap…semakin dekat Qistina melangkah ke rumah Asyraf semakin jelas bebelan lelaki itu didengarinya….

Alaaa…matila aku…dia dah membebel macam mak nenek dah….

Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi…..hatinya gembira apabila nama Haris muncul di skrin telefon…

‘sayang….!’ Qistina excited menjawab telefon…namun, senyumannya bertukar hambar apabila tiada suara di hujung talian….Qistina menanti penuh sabar apa yang akan diperkatakan oleh Haris….

‘Qistina…i think it is better for us to think again about our relationship…’

‘Haris…what do u mean…’ air mata Qistina sudah mula bergenang..

‘Qis..i just cant stand it anymore…i takde masa nak fikir pasal perasaan orang lain especially u..yes, it is true that I love u…but I tak boleh ada any commitment sekarang…my carrier is much important than anything else..i hope u  faham..kalau ada jodoh antara kita, satu hari nanti I  sendiri yang akan cari u…’ Haris mengeluh lemah..hanya itu yang mampu difikirkan buat masa itu..dia tak sanggup lagi melukakan hati Qistina..sungguhpun dia amat sayangkan Qistina namun kerjaya adalah segala-galanya bagi Haris..

Qistina diam..perlahan-lahan dia mematikan telefon bimbitnya…sungguh dia tidak menyangka yang HAris sanggup membuat keputusan itu…Qistina cuba untuk tidak menangis walaupun hatinya sudah meraung-raung kekecewaan..namun dia masih cuba untuk tabah kerana tak mahu Asyraf melihatnya dalam keadaan lemah akibat cinta Haris..

 Qistina masuk ke perkarangan letak kereta rumah Asyraf..dilihat Asyraf sedang duduk di halaman melihat ikan-ikan di kolam ibunya sambil mulut membebel-bebel memarahi Qistina…Qistina menarik nafas panjang sambil berjalan ke arah jejaka tersebut…

‘Haaa..tau pun jalan ke rumah aku ni..ingatkan dah sesat ke mana tadi…yela, rumah bapak aku ni kan sebatu jauhnya..janji pukul 8, pukul 9 lebih baru sampai ye…ingat best ke tercongok sorang-sorang tengok ikan ni..kalau muke ikan-ikan ni macam muke Alia ke, boleh la aku nak tenung lama-lama..ini tidak..ini entah sempat entah tidak nak tengok movie..kalau tak sem….opssss!!’ 

Asyraf terkejut apabila Qistina terjatuh tiba-tiba akibat tersepak batu hiasan ibunya..punyalah besar batu tu boleh tak Nampak..?hehehe…

Asyraf ketawa terkekeh kekeh sebelum………

Gadis itu….

masih tunduk….ada air mata gugur ke tanah…

Bahunya…

Terhinjut-hinjut menahan sedu….

Suaranya….

Sayup-sayup menahan tangis yang pastinya cukup menyentuh hati lelaki ASyraf….

Asyraf menghampiri Qistina lantas melutut dihadapan gadis itu…Qistina hanya tunduk sambil menangis..sesungguhnya dia tak mampu lagi menyembunyikan lara hati sendiri…

‘Qis…..what’s wrong….’ Lembut suara Asyraf dengan harapan dapat meredakan gelora di hati Qistina…

Qistina hanya menggelengkan kepala…air matanya yang bersisa diseka..tak tahu ayat apa yang sesuai untuk memberitahu Asyraf tentang hubungannya yang dah berakhir…

‘ni mesti pasal Haris…Haris mesti marah kau lagi kan…eii kalau la aku dapat budak tu, aku memang sekeh-sekeh kepala dia…suka hati dia je kan…dia tak tahu ke yang kau selama ni punyala…’

‘kami dah putus….’

Asyraf ternganga….biar betul…matanya terkebil-kebil…

‘cop…aku salah dengar ke apa…?’ Asyraf bertanya inginkan kepastian….

‘Haris called me just now…he said this is the end of our relationship..dia nak focus on carrier and tak nak peningkan kepala soal girlfriend…aku ni menyusahkan dia..merimaskan dia…aku tak faham dia…kejam kan aku..?’ air mata Qistina mengalir lagi…sambil teresak-esak Qistina berkongsi dukanya bersama Asyraf…lelaki yang dirasakan paling memahami dirinya…

Asyraf menggepal penumbuk..rasanya kalaulah Haris ada di hadapannya, mau saja dia melepaskan penumbuk sulung di muka seposen Haris tu..dia ingat lagi apabila Haris datang berkali-kali meminta pertolongannya untuk mendapatkan Qistina..mulut manis mengalahkan gula…bila dah dapat, senang-senang je Qistina ditinggalkan……..

‘Qis….’

‘kita cancel ye…aku tak rasa macam nak keluar malam ni…aku nak balik…aku minta maaf Asyraf…’tersedu-sedan Qistina mengungkapkan kata maaf buat Asyraf…

Asyraf hanya mengangguk lemah…dia juga tak sanggup melihat Qistina begini..

 ‘Qis…aku tau apa yang kau rasa…sedih, kecewa, marah …tapi kau mesti ingat, ada lagi orang di sekeliling yang sayang pada kau…’ Qistina pandang wajah Asyraf yang serius…Asyraf yang sejak tadi menatap wajah lembut itu melarikan anak matanya ke arah bunga-bunga tanaman milik ibunya…

‘anggap je Haris tu lelaki bodoh yang pentingkan kerja sampai hilang permata yang paling berharga dalam hidup dia…aku yakin 1 hari nanti dia pasti menyesal tinggalkan kau Qis…jangan sedih ok..’

‘yang penting sekarang, balik rumah berehat…jom aku hantar kau balik…’
 Qistina mengangguk lantas bangun…

Namun, belum sempat dia berdiri betul tiba-tiba terjatuh apabila sekali lagi terpijak batu yang sama, dan………

Asyraf terkebil-kebil memandang Qistina…nasib dia sempat menyambut gadis itu sebelum jatuh macam nangka busuk….

Qistina yang terkejut menggenggam kuat leher baju Asyraf….perlahan dia membuka kelopak matanya….

Dan mata mereka bertentang…..

Lama….

terdiam….

Seakan hilang dalam panahan mata masing-masing…..

sebelum….

‘ehem!!!’ Asyraf menoleh dan terlihat ibu dan ayahnya sedang memerhatikan mereka….dengan tak semena-mena…..

‘Adoii…saketla Asyraf…!!’

‘Ya Allah budak ini…kenapa dilepaskan Qistina macam tu…sakit budak tu!..’ marah Encik Mukriz, ayah Asyraf…ibunya Pn Idah berlari anak mendapatkan Qistina….

‘Ish budak ni pun..kot ye pon terkejut janganla dilepaskan Qistina ni….’ Bebel Pn Idah sambil memukul kaki Asyraf…

Asyraf yang terkulat-kulat menggaru kepalanya…..muka dah pucat lesi, yelah, dok sambut-sambut anak dara orang sampai tak sedar ibu dengan ayah ada depan mata….

‘Angah…Aaa….’

‘Ape aaa…aaaa?’ Encim Mukriz memotong….

‘takde apelah…Angah naik dulu ibu ayah…’

ASyraf terus pergi dengan terkocoh-kocoh meninggalkan mereka bertiga…malu!

`ish budak ni…sorry tak, ape tak…pergi macam tu je…’ marah ayahnya…

`takpela uncle…Qis yang salah tadi…tersepak batu tu, nasib pun Asyraf ada, kalau tak dah lebam da muka Qistina tersembam batu…hehe…sorry ye Aunty..!’

Pn Idah tersenyum… `takpe, kami Nampak semuanya…Asyraf tu yang over acting…’

Dia memandang Qistina….

‘Qis menangis ke….kenapa ni..cuba bagitau Aunty..Asyraf mengusik kamu lagi ye…’

‘Eh, taklah Aunty…Qis nangis sebab sakit tersepak batu ni…Qis balik dulu ye…’ kelam kabut Qistina bangun sambil mencium tangan Aunty dan UNclenya…kemudian, dia berlari-lari anak pulang ke rumah…

Dari bilik, Asyraf memerhatikan kelibat Qistina berlari pulang ke rumah…entah kenapa hatinya berdebar-debar…dia menarik nafas panjang sebelum kembali ke katil…

MILIK SIAPA HATI INI ep 4


Bunyi ringtone handphone terasa bingit di telinga mengejutkan Qistina..terkocoh-kocoh dia meraba-raba seluruh katil mencari telefon..

Haa…naseb sempat…’bisik Qistina…dia memandang skrin telefon yang terpapar nama Asyraf..

‘hmmm…hello..mau apa..?’ jawab Qistina malas…

‘oii..banyakla kau punya mau apa…dah pukul 8 suku ni cek adek oii…tak reti-reti ke nak turun…’ Asyraf memekik bengang….

Turun…turun ape…? Turun bawah..? Asyraf kat bawah ke…aku ada janji dengan Asy….haa? Oh My God….! Movie!!!!!!!!

‘alamak…!!! Aku tertidur laa…sory sory sory…bagi aku 15minit…mandi semua…sory Asyraf…’

‘yela...Sory lori..baik kau turun sekarang sebelum aku naik atas mandikan kau…’ bebel Asyraf…

‘kejap..kejap..jangan naik..aku turun..sory beb!’ Qistina mematikan telefon bimbit…

Alamak…macam mana boleh lupa ni..tertidur pulak lagi..nasib aku ‘cuti’…

Kelam kabut Qistina mandi dan bersiap….hampir setengah jam juga dia bersiap…lantas mencapai beg di katil sebelum berlari turun ke bawah…mama dan papanya menoleh terkejut melihat anak gadisnya terkocoh-kocoh berlari seperti tak cukup tanah…

‘Qistina…apa ni lari-lari dalam rumah…’ tegur papa Qistina…

‘ sorry pa, ma…Qis dah terlambat sangat…no time to explain..Qis pergi dulu..!’ beritahu Qistina sambil mencium kedua orang tuanya…

‘Ish..apa kena anak awak sorang ni…’ Encik HAlim memandang isteri kesayangannya…

‘apa lagi papa…berjanji dengan Asyraf pukul 8, ni dah nak pukul 9 dah ni..mau membebel anak angkat awak sorang tu…’ Puan Nora tersenyum sambel menggeleng kepala mengenangkan telatah anak perempuannya…

‘iyela…anak angkat kita..teringin saya nak menukar status anak angkat tu jadi menantu…’ Encik Halim berkata sambil ketawa…memang itu hasrat mereka berdua bersama-sama dengan ibu bapa Asyraf sejak anak mereka kecil lagi..tapi apakan daya, mngkin tiada jodoh untuk berbesan dengan jirannya itu…

‘tak apela pa…dengan siapa pun jodohnya Qistina, saya terima..semoga suaminya nanti dapat menjaga dia lebih baik daripada kita ye pa…’  lembut suara Pn Nora sambil memegang tangan suaminya…Encik Halim hanya mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya….